1 butter stick bersuhu bilik (kalau tak tau, beli je butter 250gram tu belah dua)
2/3 cawan gula
1 sudu teh esen vanilla
2 biji telur
2-4 cawan tepung serbaguna
1 sudu teh baking powder
1-2 sudu emplex powder (yang ni untuk crispy kan biskut, kalau tak letak pun okay je)
1-2 cawan chocolate chip
Nutella (nak ganti dengan peanut butter pun boleh)
**untuk tepung, boleh je nak pakai tepung naik sendiri. Kalau pakai tepung naik sendiri takyah baking powder dah. Lagi senang kot.
**tepung kena tambah ikut naluri sendiri kalau rasa doh terlalu lembik.
**kalau rajin sila ayak dulu tepung bagi dia tak berketul dan tekstur lebih ringan
Cara-Cara
1. Tepung campurkan dengan baking powder dan emplex powder kasi rata.
2. Dalam bekas lain pukul butter dan gula sampai rata. Boleh pakai mixer atau senduk kayu je.
3. Masukkan esen vanilla dan telur. Pukul lagi sampai rata.
4. Masukkan tepung sikit-sikit dan kacau sampai rata, sampai jadi doh yang boleh diuli.
5. Masukkan chocolate chip, uli kasi rata chocolate chip tu dalam doh.
6. Doh tu ambil sikit dalam lebih kurang satu sudu, bentukkan rata guna jari, letak nutella atau peanut butter kat tengah lepas tu tutup elok-elok supaya inti tak terkeluar. Inti boleh letak banyak atau sikit ikut taste sendiri.
7. Bakar dalam 15 hingga 20 minit dengan kepanasan 120c hingga 150c. Adjust ikut kepanasan oven korang yek. Kalau oven yang panas melampau kasi turun itu darjah celcius okay.
No comments:
Post a Comment