TITLE

Thursday, 17 September 2015

Kelupis Sabahan

Salam...hai...

Dateline tgl 2 hari lagi..Raya Haji pun tak lama lg..jd di sini kita nak bagi la resepi orang sabah yang memang selalu kita buat tuk di makan di pagi raya tak kisah la raya haji atau raya puasa..resepi senang ja dan sedap dimakan.meh...kita tgk apa bahan2 tuk buat kelupis ni..jom..

Bahan-bahan:

1Kg  beras pulut - Basuh dan toskan

2 Kg santan - tdk terlalu pekat dan tdk terlalu cair

Daun pandan - 2 helai

garam - secukup rasa

Daun nyirik (boleh digantikan dengan daun pisang) - secukupnya

Cara-cara:

Mula-mula masukkan santan dan daun pandan dalam kuali, guna api perlahan. Biar sampai mendidih dan pecah minyak. Bila minyak timbul sikit dipermukaan santan, bolehlah masukkan beras pulut dan garam. Gaul hingga separuh masak dan santan kering. Angkat dari kuali dan bungkus dalam daun nyirik. Selepas habis membungkus, boleh lah dikukus sehingga kelupis masak...

hah..kan senang..kelupis ni sedap di makan dengan semua jenis kari..resepi kari kambing dah ada kami bagi hari tu kan..boleh lah di makan bersama2 di pagi raya..sedapnya..

selamat mencuba semua..

No comments:

Post a Comment