Hai..jumpa lagi tuk resepi hari ini. hari ni kita nak buat donut yang simple jer tapi sedap d makan..donut ni pun jadi feveret en asben kita.hihihi...jom kita usha dulu bahan-bahannya..
Ini bahan-bahannya:
500gram tepung gandum
2 sudu majerin
1 sudu teh garam
3 sudu gula pasir.
11gram mauripan
sedikit air sejuk yang disimpan dalam peti ais ( guna apabila adunan belum lembut)
Cara Menyediakan:
1. Kembangkan mauripan guna air suam. Biarkan.
2. Dalam satu mangkuk masukkan tepung, buat lobang ditengahnya, masukkan gula, dan majerin. Adun mesra kesemua bahan.
3. Tuang mauripan kedalam adunan. Uli kesemuanya hingga menjadi doh. Masukkan garam yang sudah dilarutkan dalam air suam.
4. Uli adunan hingga doh lembut, jika belum lembut masukkan air simpanan dalam peti ais. Uli lagi. Adunan doh yang siap diuli.
Terus terap pada acuan, sebelum tu guna pengelek untuk meratakan doh.Hasil seperti diatas.
5. minit kemudian donut akan berkembang dengan jaya. Masa ini korang dah boleh panaskan api kuali, boh minyak yang banyak untuk tengelamkan donut yang belum dimasak. Apabila minyak panas. Masukkan donut kedalam kuali.
Kalau nak frozenkan donut, cukuplah hanya matikan yis dengan memasak donut sekejap sahaja.
26 biji donut gebu telah terhasil. Kalau korang guna acuan lagi kecil. 52 biji dapat dinikmati....
kuih donut yang telah siap dan sedia untuk di ngapp..
No comments:
Post a Comment