TITLE

Tuesday, 29 September 2015

NASI HUJAN PANAS AYAM MASAK MERAH

Image result for resepi nasi hujan panas ayam masak merah

resepi nasi hujan panas

2 cawan beras- elok lg kalau guna basmathi
2 1/4 cawan air
1/4 cawan susu cair
1 1/2 kiub ayam
1 helai daun pandan
pewarna- kuning, merah, hijau- 2-3 titik je setiap satu

bahan tumis:

1 biji bwg besar- hiris
2 ulas bwg putih- hiris
rempah 4- K.K.manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga
4 sudu besar planta

cara:

basuh beras sampai bersih dlm periuk nasi, ketepikan
panaskan kuali, cairkan planta, tumiskan bahan tumis sampai agak garing..
pastu curahkan dlm periuk beras td
masukkan semua bahan lain kecuali pewarna
biarkan hingga nasik kering
kaup balikkan..titiskan pewarna..biar hingga nasik masak.. (jgn gaul lepas titik pewarna)
lepas nasi masak, baru gaul (gaul lebih kurang je sbb x nak warna tu bercampur)
(leh gak tambah kismis dlm nasi kalau suka)


ayam masak merah 
1 ekor ayam- goreng
1/4 cawan susu cair


bahan tumis:

1 biji bwg besar-hiris bulat

2 ulas bwg putih-hiris

kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih


 
 
bahan kisar:
1 genggam cili kering- rebus dan toskan

2 biji bwg besar
3 ulas bwg putih
2 biji tomato masak
sedikit halia
2 batang Serai - Hirissedikit lengkuas


cara:

- goreng ayam dan ketepikan

- guna minyak yg sama, kurangkan skit jika perlu, tumis semua bahan2 tumis, kacau hinga agak kekuningan dan bau wangi. kemudian masukkan bahan kisar. kecikkan api, biar hingga mendidih atau pecah minyak...

- masukkan susu, biarkan sedikit kering, masukkan gula dan garam- masukkan ayam - sebatikan

- biarkan sebentar sblm angkat


(boleh tabur ngan kacang peas hirisan daun bawang kalau suka)
 
 
 
 
 
 



Monday, 28 September 2015

KUIH KERIA

Image result for resepi kuih keria

Resepi Kuih Keria, sedap untuk dimakan pada waktu petang bersama teh o panas. Juga juadah yang lazat untuk berbuka puasa....

Bahan-Bahan:
  • 600g keledek putih atau merah
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh garam
Bahan untuk sira:
  • 1/2 cawan gula
  • 1 cawan air

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk keria:
  1. Potong keledek kepada 2 atau 3 bahagian. Rebus keledek bersama garam sehingga masak empuk.
  2. Sejukkan dan buang bahagian kulit keledek. Lenyek sehingga menjadi lembut dan tidak berketul. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga boleh diuli menjadi bentuk bulat.
  3. Bulatkan doh dan buat lubang di tengah. Goreng sehingga kekuningan.
Cara-cara untuk sira gula:
  1. Masukkan gula dan air di dalam periuk. Masak sehingga pekat dan gaulkan dengan keledek supaya semua permukaan disaluti gula.
  2. Sejukkan dan hidang.
Tips: Pastikan tepung dimasukkan sedikit demi sedikit supaya adunan tidak terlajak menjadi keras kerana terlebih tepung.

SEDAPNYERRRR...

Saturday, 26 September 2015

BADAK BERENDAM

Badak Berendam


Resepi badak berendan yang sesuai dimakan sebagai pencuci mulut...Selamat mencuba..


Bahan-Bahan:
Bahan untuk inti:
  • 1/2 biji kelapa parut
  • 2 sudu besar gula pasir
  • gula melaka secukupnya
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu besar tepung gandum
  • 1 helai dauh pandan, ikat simpul
Bahan untuk kuah:
  • 3 cawan santan
  • 3 sudu besar tepung beras, bancuh dengan sedikit air
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 helai daun pandan, ikat simpul
Bahan untuk badak berendam:
  • 2 cawan tepung pulut
  • 1 1/2 cawan air pandan (tak perlu pekat sangat)
  • 1/2 sudu kecil garam
  • pewarna merah
  • pewarna hijau

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk inti kelapa:
  1. Panaskan kuali. Masukkan kelapa, gula melaka, dan gula pasir. Kacau bersama daun pandan yang disimpul bersama air. Pastikan inti kelapa ini cukup manisnya. Kalau kurang ,anis, tambah lagi ketulan gula melaka. Bila agak kering taburkan tepung gandum dan terus kacau sehingga masak supaya inti melekat senang dibuat bulat.
Cara-cara untuk kuah santan:
  1. Masak santan bersama bancuhan tepung beras, garam dan daun pandan.
  2. Masak di atas api perlahan dan kacau sehingga mendidih. Pastikan anda selalau kacau kuah supaya tidak berketul.
  3. Hidangkan bersama bebola badak berendam.
Cara-cara untuk badak berendam:
  1. Bancuh tepung pulut bersama air pandan dan garam sehingga menjadi doh yang lembut dan boleh dibentuk bulat.
  2. Bahagikan kepada dua bahagian. Satu bahagian di uli sekata bersama pewarna hijau, dan satu bahagian lagi di uli bersama pewarna merah.
  3. Bulatkan sebesar ibu jari dan leperkan. Masukkan inti kelapa dan bulatkan dengan kemas.
  4. Rebus bebola di dalam air mendidih sehingga timbul di permukaan. Sejat air dan masukkan ke dalam kuah santan.
SIAP....

VANILLA MOIST CUPCAKE




Bahan-bahan :


1 cwn tepung gandum (ayak)
1 1/2 Baking Powder (ayak)
3/4 cwn gula ( kurangkan kalau tak suka manis)
1/2 sdt garam 
3 sdb butter
1/2 cwn susu (segar/cair/buttermilk) (saya guna susu cair)
1 biji telur
1 sdt essence vanilla

Cara membuat :

1. Satukan tepung ,baking powder, gula dan butter ( jika guna butter bergaram tidak perlu guna garam lagi) dan garam
2. Dgn mixer blend semua bahan tersebut sehingga sebati 
3. Masukkan setengah  dari sukatan susu dlm adunan dan kacau
4. Campurkan telur, baki  setengah sukatan susu dan essence vanilla ke dalam mangkuk yang lain dan kacau sebati menggunakan garfu.
5. Kemudian masukkan  campuran tersebut kedalam adunan tepung dan blend  sehingga sebati  dan tidak berketul.
6. Masukkan kedalam cup (paras 1/2) kemudian bakar dlm ketuhar dgn suhu 180 darjah (yg telah dipanaskan terlebih dahulu) selama 25 minit.Bergantung kepada  oven masing2 yer.


SIAP...





ROTI JALA BERINTI



 Kali ni,mari kita cuba resepi untuk minum petang dengan Roti Jala Berinti.





Bahan2 inti :

 1) Daging cincang (300 gram )
2) Bawang besar, dimayang halus (5 biji )
3) 1 inci (halia , dimayang halus)
4) 25 gram (rempah beriyani)
5) Minyak untuk menumis (sedikit)
6) Garam (sedikit)
7) Gula (sedikit)
8) Telur (5 biji )






Bahan² roti jala :

 1) Tepung gandum (3 cawan )
2) Air (3 cawan)
3) Telur (1 biji )
4) Pewarna kuning (Sedikit )
5) Garam (Sedikit )

Cara² inti :

 1. Buat intinya dahulu. Tumis bawang besar dan halia hingga naik bau.
2. Masukkan rempah beriyani dan daging cincang. Kacau sehingga daging cincang masak.  Setelah kering dan masak, masukkan garam dan gula.
3. Ketepikan terlebih dahulu.
4. Untuk 3 sudu besar daging cincang yang telah masak, masukkan sebiji telur, digaul rata ketepikan.

Cara² membuat roti jala:

 1. Kisar semua bahan-bahan untuk membuat roti jala.
2. Tapis untuk mengelakkannya berketul.
3. Kemudian Masukkan ke dalam acuan roti jala, dan biarkan masak di atas kuali leper tanpa lekat.
4. Masukkan daging cincang yang diadun bersama telur di atas roti jala, dan lipat roti jala menjadi empat segi.
5. Kemudian Goreng sehingga garing.
6. Roti jala berinti sedia untuk dihidang bersama sos cili.

LASAGNA YUMMY

Image result for lasagna resepi chef wan   lasagna2


Bahan-bahan (5-6 orang)


500 g daging cincang
1 kotak kepingan lasagna
250 g tomato puri
250 g sos tomato
Mozzarella cheese (anggaran 120g)
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 biji lobak merah
1/2 biji capsicum
2 biji tomato
3-4 biji cendawan butang
Garam dan gula secukup rasa
Mentega
Minyak masak untuk menumis


Cara-cara :
  1. Bawang besar dan bawang putih dicincang halus. Lobak merah, capsicum dan cendawan butang dihiris halus. Tomato dipotong nipis atau dipotong dadu.
  2. Panaskan minyak untuk menumis. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
  3. Masukkan daging cincang dan kacau rata sehingga masak.
  4. Masukkan tomato puri dan sos tomato. Kacau rata.
  5. Masukkan lobak merah, capsicum dan tomato. Jika perlu, masukkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Tunggu sehingga mendidih kemudian padamkan api.
  7. Rendam kepingan lasagna dalam air panas.
  8. Sediakan dulang casserole dan sapu mentega pada permukaan dulang.
  9. Susun kepingan lasagna sehingga menutupi permukaan dulang.
  10. Letak 1 lapisan nipis daging kisar di atas kepingan lasagna dan tutup seluruh permukaan.
  11. Kemudian, letak 1 lapisan cendawan butang.
  12. Letak kepingan lasagna yang lain.
  13. Ulang langkah 10 dan 12 sehingga membentuk beberapa lapisan. Boleh juga kalau nak letak mozzarella cheese di atas lapisan cendawan.
  14. Pastikan lapisan paling atas ialah daging cincang tersebut. Kemudian letak satu lapisan mozzarella cheese.
  15. Akhir sekali, bakar dalam oven dengan suhu 180 darjah celsius selama 30-40 minit.


JOM JOM JOM...Menikmati keenakan Lasagna...nyummm nyummm

Friday, 25 September 2015

KEK PUDING COKLAT

Image result for resepi kek puding coklat


Bahan-Bahan:


240gm tepung gandum
360gm gula kastor
2 sudu makan serbuk koko
1 1/2 sudu makan serbuk penaik
1/2 sudu teh garam
250ml susu
125gm mentega (Dicairkan)


Bahan A –


480gm gula perang
6 sudu makan serbuk koko
800ml air mendidih (dicampurkan dengan 2 sudu makan serbuk kopi)


Cara Membuat:


1. Panaskan ketuhar pada suhu 180°C. Ketepikan.
2. Campurkan tepung bersama gula kastor, serbuk koko, serbuk penaik dan garam.
3. Kemudian tambahkan susu dan mentega yang dicairkan. Gaulkan sehingga sebati.
4. Tuangkan adunan ke dalam loyang pembakar. Ketepikan.
5. Campurkan kesemua bahan A dan kacau sehingga gula larut kemudian tuangkan ke atas adunan kek.
6. Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar selama 45 minit.
7. Sejukkan. Lebih enak lagi jika dihidangkan bersama krim putar.


Apelagi.....Jom makan

KUIH CARA BERLAUK

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Inilah juadah minum petang kami sekeluarga. Kuih cara berlauk ni sesuai di makan bila2 masa je. Saya buat minum petang...kalau tak habis bolehlah buat sarapan pagi. Resepi ni mudah je...dan kalau kawan2 nak merasa tu bolehlah mencubanya sendiri. Jom kita lihat bahan2 yg di perlukan.


Image result for resepi kuih cara berlauk
Bahan bahan :

a) Adunan Tepung

1 cawan tepung gandum
1 biji telur ( saiz A/B/C )
1 sudu kecil minyak sapi
1/2 sudu kecil garam
2 cawan air
sedikit pewarna kuning

Cara cara :
Adun semua bahan hingga sebati @ blend je.

b) Lauk dan  eksesori:


200gram daging/ayam - dikisar
2 labu bawang besar- racik halus
3 biji bawang kecil - potong mayang
1 ulas/biji bawang putih - dipotong mayang
1 1/2 sudu besar rempah rendang adabi
1 sudu kecil serbuk kari
garam gula dan perasa secukupnya
sedikit minyak utk menumis

Cara cara :

1. Panaskan minyak dan tumis bwang merah
   dan putih hingga kekuning-kuningan.
2. Kemudian masukkan rempah kari dan rempah
   rendang..
3. Kacau hingga pecah minyak. Masukkan daging
   /ayam kisar, bawang besar, masukkan air
   secukupnya hingga daging /ayam masak.
4.   Masukkan garam gula dan perasa secukupnya.

Aksesori : Bawang goreng, daun sup dan cili besar yg diracik.

Proses masak cara berlauk:

1.  Panaskan acuan cara, dan oles dengan sedikit
   minyak.
2.  Masukkan adunan tepung 90% penuh acuan,
   kemudian masukkan lauk, diikuti bawang goreng,
   daun sup dan cili.
3.  Tutup acuan dengan penutup periuk..tunggu
   1-2 minit, angkat tudung periuk, cungkil intai
   bahagian bawah. Kalau bahagian bawah dah nampak
   sedikit garing makna kuih cara dah masak dan
   boleh la  angkat.
4.  Ulangi proses mencara sehingga adunan habis...

siappppp....x sabar nak makan...jommmm