TITLE

Wednesday, 16 September 2015

kuih ketayap

hari ni kite masak yang simple tapi sedap

Bahan-Bahannya:
Untuk Kulit:
1 cawan tepung gandum
2 biji telur
3 helai daun pandan
1 1/2 cawan santan 
1 1/2 sdt garam
2 sdm minyak masak
Beberapa titis pewarna hijau (jika perlu)
Bahan Inti:
1/2 biji kelapa parut – ambil putihnya sahaja
3/4 cawan gula merah – kalau tak suka manis, boleh kurangkan. 
1/2 sdt garam
2 helai daun pandan – disimpulkan
1/2 cawan air
2 sdm tepung gandum
Cara Membuat Intinya:
  • Didihkan air dalam kuali. Masukkan gula merah, garam dan daun pandan. Masak hingga gula larut.
  • Masukkan kelapa parut. Kacau sekali-sekala hingga airnya kering.
  • Bila inti dalam keadaan agak-agak lembab, taburkan tepung gandum. Kacau rata. (Fungsi tepung ialah supaya inti melekat dan tidak berderai).
  • Sejukkan inti.

Cara Membuat Kulitnya:
  1. Blend daun pandan yang telah dipotong pendek-pendek dengan santan. Tapis dan perah.
  2. Campurkan semua bahan kulit, gaul rata.
  3. Masukkan adunan ke dalam blender dan kisar hingga adunan sebati. (guna kaedah ni, adunan tak perlu ditapis untuk mengelakkan tepung yang bergentel.
  4. Panaskan kuali. Guna api yang perlahan.
  5. Sapukan kuali dengan sedikit minyak. (Saya simpulkan sehelai daun pandan dan sapu minyak menggunakannya).
  6. Masukkan satu senduk adunan ke dalam kuali dan dadarkan adunan dengan melayang-layangkan kuali.
  7. Biarkan kuih masak. (Tidak perlu diterbalikkan. Cukup jika dilihat atasnya sudah berwarna hijau semuanya.
  8. Angkat. Ketepikan.
  9. Ulang langkah 5 – 8 hingga adunan habis.
  10. Sementara menanti kuih di dalam kuali masak, bolehlah dibubuh inti pada kuih dadar yang dah siap tadi.
  11. Ambil sesudu penuh inti (nak lebih pun boleh). Letak di atas permukaan atas kuih. Ratakan. Lipat kiri dan kanan kuih. Gulung dengan kemas. Ke tepikan.
  12. Bila proses memasak dan mengintikan sudah siap, bolehlah dihidangkan.

10966678_10203304049898450_1247585103_n
Tadaa…inilah hasilnya. Kulitnya sangat lembut. 1 adunan boleh dapat dalam 10 batang kuih. Selamat mencuba

No comments:

Post a Comment