TITLE

Monday, 21 September 2015

PUDING TRIFLE



Hai awok! Jangan nak monday blues sgt lah, marilah kita tgk gambar makanan ok? hihi


 Image result for resepi puding trifle 


Bahan bahan:
1 pek kek pound
2 kotak jelly (merah dan hijau)
1 tin buah buahan dalam tin
1 tin susu cair
1  tin air
7 sudu besar gula
4 sudu besar kastard + 1/2 tin air
300 ml Whipped cream
Buah strawberry
Trifle bowl

Cara-Cara Membuatnya :
 
 
 
 
 
1st layer; susun kek pound yang dah dipotong nipis kecil kecil dalam bekas. Tuangkan air buah buah tadi ke atas kek. Boleh juga disapu jem di dasar dan keliling bekas sebelum dimasukkan kek.

2nd layer;  masak 1 kotak jelly warna merah dengan 2 mug air hingga hancur. Tuangkan jelly atas kek tadi.  Masukkan buah buahan atas jelly. Tuang lagi jelly atas buah buahan koktail.  Masukkan dalam peti sejuk untuk disejukkan sekejap. Lebihan jelly dimasukkan dalam  bekas kecil dan boleh diwarnakan hijau, jika suka.

3rd layer; Masak 1 tin susu cair + 1 tin air + 7 sudu gula sampai mendidih. Sambil tu, bancuh 4 sudu tepung kastard dengan 1/2 tin air. Bila susu mendidih, slowkan api dan masukkan bancuhan tepung kastad, kacau sampai pekat. Tuang kastard atas lapisan jelly yang dah keras. Atas lapisan kastard, saya lapiskan selapis lagi kek sponge dan jelly sebab mahu bowl nampak penuh.  


4th layer; Letak whipping cream atas kastard sehingga rata semua permukaan. Saya hanya letak di sekeliling dan tengah sahaja 

Akhir sekali jelly dalam bekas kecil dipukul dg small whip dan sudukan jelly secara berselang seli warna di sekeliling bekas dan di tengah tengah juga. Kemudian susun buah strawberry di tengah tengahnya. Saya hanya meletak whipped cream di sekeliling dan terus diletakkan strawberry. Atas citarasa masing masing lah ya ..


Done......Jom rasmikan hehehe

No comments:

Post a Comment