TITLE

Friday, 11 September 2015

Sambal tumis udang


Sambal Tumis Udang

Salam semua..

jumpa lagi kita..hihihi...kena jumpa hari2 sbab ni markah ni...jadi kena update hari2..ok...ari ni kita rasa nak makan sambal tumis udang la...ermmm...lum apa2 lg dah kecur liur...hahha...payah tul la mak buyung ni...semua makanan nak makan..jom la kita tgk bahan2nya..

Bahan-Bahan:

500g udang, dibersihkan
1/2 biji bawang besar, potong nipis
1 batang serai, dititik
1/2 cawan air asam jawa
2 sudu besar sos tiram

Bahan untuk dikisar
3 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
2 inci halia
10-12 tangkai cili kering, dibuang biji
1 biji bawang besar

Cara Penyediaan:

Rebus cili kering seketika, toskan air dan kisar halus bersama bahan kisar yang lain.
Dalam kuali, panaskan 2 senduk minyak masak dan kemudian tumis bawang besar sehingga kekuningan.
Masukkan bahan kisar, masak hingga naik bau dan pecah minyak.
Tuangkan air asam jawa, sos tiram serta masukkan serai yang dititik.
Kemudian masukkan udang, garam dan gula secukup rasa. Masak seketika dalam anggaran masa 5-7 minit atau sehingga mendidih. Angkat dan hidangkan.

Tips:
Pastikan anda tidak memasak udang terlalu lama kerana udang boleh menjadi keras. Semasa menumis bahan kisar pastikan betul-betul pecah minyak kerana jika tidak, kuah sambal tumis tidak masak dengan sempurna

wahhh!!!ari ni siap ada tips lg ok...hihihi...apapun sambal ni sedap di makan ngan nasi lemak...aduhhh...nak masak tuk sarapan esok pagi la...hahhaha....bab makan kita paling laju ok...

selamat mencuba..

No comments:

Post a Comment