TITLE

Friday, 18 September 2015

Begedil Daging



Salam semua...

hari ni kita nak bg resepi yang simple sangat dan sedap dimakan bersama mee sup atau kami d sabah panggil soto..hah...begedil daging..nyum..nyum...sedapnya..kita suka makan begedil ni..tu yang slalu buat kat umah..buat stok byk2..letak kat peti ais..uu...jom la kita tgk bahan2 tuk membuat begedil ni..

Bahan-bahannya (20 biji) :

 setengah kg biji kentang (saiz sederhana)
 250 gram Daging cincang
 2 biji telur
 1 labu bawang besar [potong dadu]
 Secekak daun sup / daun kucai [potong kecik2]
 1 sudu kecil serbuk lada sulah
 1 sudu kecil serbuk lada hitam
 Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya:

1) Kupas kentang dan potong dadu besar or potong bulat2.. (ikut suka korang nak potong camna). Then, goreng kentang sampai empuk dan toskan. [Kalau nak rebus pun boleh, tapi lama sikit la nak tunggu kentang tu empuk]

2) Sementara menggoreng kentang, goreng tanpa minyak daging cincang sampai masak. Then, toskan.

3) Lenyek kentang yg telah digoreng tadi menggunakan batu lesung.

4) Potong dadu bawang besar dan potong kecik2 daun bawang / daun kucai. [aku guna dua2 jenis daun]

5) Satukan daging cincang, kentang lenyek, bawang dan daun bawang/kucai dalam satu bekas. Masukkan kuning telur, serbuk lada sulah dan serbuk lada hitam dan sedikit garam.Gaul sebati semua bahan.

6) Bentukkan aduanan bulat2 dan leperkan.. Buat sehingga habis adunan. Untuk adunan ni boleh menghasilkan 20 biji begedil. [bergantung kepada saiz ye]

7) Panaskan minyak untuk menggoreng. Minyak tak perlu banyak sgt, agak2 tenggelam separuh begedil sahaja.

8) Celupkan begedil dalam putih telur dan masukkan dalam kuali. Agak2 sebelah bawah dahg garing baru terbalikkan.. Goreng sehingga warna keemasan dan angkat.

Siap!! Hidangkan.. boleh dimakan begitu sahaja atau cicah dengan sos. Boleh juga makan dengan soto.

Selamat mencuba..



No comments:

Post a Comment