TITLE

Monday, 31 August 2015

BUBUR PULUT HITAM

Bubur pulut hitam

Kepada sesiapa yang menyukai bubur pulut hitam seperti saya silalah mengikut resepi ini sangat mudah dan sedap

Bahan-Bahan:

  • 1 1/2 cawan pulut hitam
  • 6 cawan air, untuk merebus pulut
  • 1/2 biji kelapa (anggaran 2 cawan santan pekat dan 2 cawan santan cair)
  • 2 helai daun pandan, carikkan dan simpul
  • 3/4 cawan gula putih
  • 1/2 ketul gula melaka
  • garam secukup rasa
  • 1 sudu besar tepung jagung













Cara Penyediaan:

Cara untuk masak bubur pulut hitam:
  1. Rebus pulut hitam dengan air dan daun pandan sehingga lembut. Pulut hitam akan pecah kembang apabila lembut. Biarkan pulut masak dan kuah menjadi pekat.
  2. Masukkan santan cair, garam, gula putih dan gula melaka. Masak sehingga mendidih.
  3. Kemudian masukkan pula 1 cawan santan pekat. Pada waktu ini anda boleh sesuaikan rasa manis dan masin ikut selera sendiri.
Cara untuk kuah santan:
  1. Masak baki 1 cawan santan tadi di atas api yang kecil sehingga mendidih. Perlu selalu kacau supaya santan tidak berketul.
  2. Bancuh tepung jagung dengan sedikit air dan tuangkan dalam santan. Kemudian masukkan garam secukup rasa.

Create by shahidah saleh

Daging masak hitam

SALAH SATU MAKANAN KESUKAAN KU 

Resepi daging masak Hitam yang sedap

bahan-bahan nya
1 mangkuk daging lembu yang dipotong dalam ukuran 2 inci
1 sudu besar kerisik
*1 batang serai
*1/2 inci lengkuas
*3 ulas bawang putih
*1 inci halia
*5 tangkai cili kering
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
1 biji buah pelaga
1 senduk kecil kicap manis
1 biji bawang besar

garam secukup rasa
1 senduk kecil minyak masak.

cara-caranya..

  • kisar bahan-bahan bertanda ..
  • panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis, bunga lawang bunga cengkih dan buah pelaga..
  • masuk kan semua bahan yang dah dikisar
  • masuk kan kerisik
  • Tunggu sampai semua bahan menjadi garing dan naik minyak..
  • masuk kan kicap dan daging .
  • masak sehingga daging lembut.jika terlalu kering masuk kan 1 cawan air.
  • apa bila daging sudah lembut dan kering masuk kan garam dan bawang besar yang dihiris.
  • tutup api.jangan sampai bawang jadi lembik.
  • sedia untuk dihidangkan.
Hidangan ni sangat sesuai untuk dimakan dengan nasik minyak

Create by shahidah saleh



RESEPI NASI AYAM BEREMPAH















Salam uolls...jumpa lagi... orang kata paling senang masak nasi ayam. Tetapi kalo korang tak tahu resepi nak masak nasi ayam pun tak boleh jadi jugak kan nasi ayam tu...hehe...So, jom kita share resepi nasi ayam berempah ni..mesti sedap...nyummm nyummm


Bahan-bahan ( 2-3 orang )

  • Untuk ayam: 4-5 ketul ayam peha ayam, 1 sudu makan rempah kari, 1 sudu makan serbuk cili, 5 ulas bawang putih - dikisar, 1 inci halia-dikisar, 2 batang serai-dikisar, Garam secukupnya.
  • Untuk Sup: Bahagian ayam yang bertulang, 1 inci halia, 3 ulas bawang putih Sup bunjut, Garam/gula secukup rasa,
  • Untuk nasi: Beras 2 pot, 1 sudu besar mentega, 2 ulas bawang putih-diketuk, 3 ulas bawang merah-dimayang, 1 inci halia-diketuk, Kuah sup secukupnya untuk memasak nasi.

Cara-cara :

  1. Untuk ayam: Smua bahan yang dikisar dicampur dengan bahan-bahan yang lain. Bersihkan ayam dan toskan. Gaul ayam bersama rempah tadi dan perap selama 1/2 jam lbh lama lagi sedap. Goreng dgn minyak yg banyak.
  2. Untuk sup: Tumiskan bawang putih, halia hingga naik bau. Masukkan air, cukup untuk masak nasi dan kuah sup. Masukkan bahagian ayam yang bertulang sampai mendidih.
  3. Untuk nasi: Bersihkan beras dan toskan. Panaskan mentega, masukkan bawang merah, bawang putih, halia. Tumiskan hingga kekuningan dan masukkan beras dan ambil kuah sup tadi cukup untuk 2 pot beras. Blh juga tambah sedikit kunyit jika suka warna nasi berwarna kuning.
  4. Tambahan: untuk sos 1 biji buah tomato 4 biji cili padi 1 biji cili merah Sedikit gula dan garam Sedikit kuah sup boleh juga ganti dengan cuka. Ikut citarasa. Blender kesemua bahan diatas. Untuk kicap: 2 sudu besar kicap manis 1 sudu besar kicap masin 1 sudu besar sos tomato Sedikit kuah sup Campurkan kesemua bahan2 diatas.

SELAMAT MENCUBA GUYS..
 
 




Resepi Spaghetti Olio






 
 
 
 
Okehhh selalunya bahan yang nak digunakan agak banyak tapi cara nak masak senang sangat! Memandang waktu pun dah larut malam korang2 yg malas hanya perlu guna barang utama sahaja dalam masakan tersebut.

Bahan-bahan :

Minyak, bawang putih, udang/ayam, lada hitam & spaghetti

Cara-caranya :

1. Rebus spaghetti selama 5-10 minit,

2. Panaskan kuali dan tumis hirisan bawang putih.

3. Masukkan udang/ayam dan kacau.

4. Masukkan sedikit garam diikuti dengan lada hitam. Tos kan spaghetti lalu masukkan kedalam tumisan tadi dan gaul sehingga rata.

Daun pasli, olive oil tu rasanya tak payah pun tak pe melainkan kalau semua bahan memang dah ada kat dapur korang. Yang nak makan bukannya ramai pun, sorang je kan cukup buat-buat ‘alas perut’ je.

SELAMAT MENCUBA KORANG SEMUA..
 
 
Puding Karamel yang Yummy...

Salam...Hai kita meet again...chewah...speaking kono..ok..untuk resepi hari ni, kitaorg nak bg resepi yang kira senang and selalu kita buat kat umah..memang sedap and marvelous la kalau dah siap masak.kikiki...ok..trus to the resepi la..


Bahan-bahan ( saiz:16 cm )

400ml susu segar/susu cair (kita selalu guna susu segar marigold)
5 sudu besar gula halus
3 biji telur- pada suhu bilik
2 biji telur kuning-pada suhu bilik

[ KARaMEL ]
5 sudu besar gula
2 sudu besar air

Cara-cara

Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.

Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.

Dalam periuk lain masukkan susu. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih.

Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.

Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit

Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.

Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.
Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais

Dah siap...senang kan..mak mertua and ipar kita suka makan puding ni.hihihi..suami kita pun suka..kira puding ni jd feveret kita la kat umah.. pasni bolehlah korank cuba kat umah..selamat mencuba..




RESEPI  RENDANG AYAM

 
 
 
 
 
 
 
 
Bahan-bahan ( satu family )
  • 1 ekor ayam-dipotong ikut suka
  • Bahan2 digiling:-
  • @ 10 ulas bawang merah
  • @ 4 ulas bawang putih
  • @ 15 biji cili api
  • @ 15 tangkai cili kering
  • @ 1 inci halia
  • @ 1 inci lengkuas
  • @ 1/2 inci kunyit hidup
  • 2 batang serai dititik
  • 2 helai daun kunyit dihiris halus
  • 4 helai daun limau purut dihiris kasar
  • 4 cawan santan pekat
  • 4 sudu besar kerisik
  • Garam, gula dan serbuk perasa (ikut suka)
Cara-cara
  1. Masukkan ayam dan bahan giling dan serai- perap lebih kurang 1 jam.
  2. Masukkan ayam ke dalam kuali. Masukkan santan dan masak hingga mendidih. Masukkan daun limau, daun kunyit, kerisik dan garam. masukkan juga perasa dan gula jika suka.
  3. Masak ayam hingga empuk dan agak pekat. Sedia dimakan dengan pulut kuning atau nasi himpit.
 
SELAMAT MENCUBA...
Create by Intan Azura




 
 
 
 
 
 
 

Sunday, 30 August 2015


Kek Tiramisu simple n sedap

salam everybody..

arini kita nak post kat blog group kitaorg pasal resepi2..ni nak dapat markah tuk subjek Miss Rina kita yang cantik melecun tu..hah!!miss..jan pura2 tak nampak kita tgh puji tu..ok sebab group kita nak share pasal resepi..so kita post pasal resepi ja tau..kalau ada post lain tu, lita org buat iklan jer tu..kikiki...

kat sini saya nak share resepi yang slalu saya buat kat umah..very simple gila la..org gila pun tak leh buat resepi ni..kikiki...ok..trus la yer..saya ambil resepi ni dari ciklaili.com.ciklaili mohon halalkan resepi ni yer.. Anda pernah makan kek Tiramisu? Kek ini agak mudah disediakan kerana tak perlu dibakar di dalam oven dan bahan-bahan untuk membuat kek ini juga agak mudah. Di dalam entri ini, saya kongsikan resepi kek Tiramisu untuk anda cuba.

 Bahan-bahan :
1 biji sponge kek / biskut
250ml whipping cream  
200ml cream cheese  
1/2 cawan gula halus  
1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)  
1 sudu makan serbuk nescafe  
serbuk koko (hiasan)

Cara-cara :
1. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas.
2. Satukan gula, cheese dan cream.
3. Pukul adunan sehingga kembang dan gebu.
4. Potong kek pada 2 bahagian.
5. Tuangkan bancuhan nescafe ke atas kek.
6. Sapukan adunan cream dan cheese di atas kek.
7. Susun lagi bahagian yang selebihnya. Kemudian sapukan nescafe dan baki cream cheese.
8. Hiaskan dengan serbuk koko.
9. Simpan di dalam peti sejuk dan sedia untuk dihidangkan.


ni la contoh tiramisu yang simple n sedap tu..nyum..nyum...

selamat men 'try' la di rumah yer kawan2...selamat menge 'Kek'..hihihi..


Sumber http://www.ciklaili.com/2013/02/resepi-kek-tiramisu.html#ixzz3kajEB7Yk
Under Creative Commons License: Attribution
Follow us: @ciklaili on Twitter | ciklailidotcom on Facebook

Saturday, 29 August 2015



AYAM UNGKEP

Bahan- bahan

1 ekor ayam
1 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inchi halia
1 inchi kunyit hidup
1 inchi lengkuas
1 batang serai
1 sudu ketumbar,jintan halus,jintan kasar
sedikit belacan
1 sudu kecil garam @ secukup rasa
secubit ajinomoto
1 sudu kecil gula
10 biji lada kecil
asam jawa
minyak masak
air

cara-cara 

potong 1 ekor ayam menjadi 12 ke 8 ke sukahati yang penting potong jangan tak potong pulak yer. blender bawang merah,bawang putih,kunyit,halia,lengkuas,serai,ketumbar,jintan2, lada dan belacan sekali. Panaskan minyak tumis bahan-bahan yang telah diblender sehingga garing, setelah garing masukkan ayam, masukkan air,asam jawa,garam,gula dan ajinomoto. Masak hingga mendidih dan siap.


Create by shahidah binti saleh

Saturday, 1 August 2015

Cheese cake

Cheesecake
Simple cheese cake




Bahan-bahan ( 18 cm )

  • 250g cream cheese
  • 200cc/ml fresh cream/plain yogurt
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 90g gula

Cara-cara

  1. Panaskan oven 170 degree. Sapukan loyang dgn butter atau alas dgn kertas minyak pun ok(oven paper)
  2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mixer atau blander. Mix biar sampai jadi cream
  3. Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 40-45 minit
  4. Setelah hampir masak atau selepas 30 minit bolehlah letak aluminium foil untuk mengelakkan permukaan hangus.
  5. Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheese cake yang sedap.